Pencarian

Monday, December 9, 2013

Bagaimana Memasang Aplikasi Android Pada BlackBerry 10?



Mungkin semua sedia maklum yang mana sistem operasi BlackBerry 10 membolehkan pengguna untuk memasang aplikasi Android. Proses pemasangan aplikasi pada BlackBerry 10 juga agak mudah, dan boleh dikatakan sesuai untuk dilakukan sama ada oleh pengguna baru ataupun lama. Panduan yang kami sediakan ini adalah khas untuk pengguna yang menggunakan komputer Windows.
Untuk memasang aplikasi Android pada BlackBerry 10, pengguna perlu mengubahnya kepada fail berformat .BAR, yang mana memerlukan sedikit usaha tambahan untuknya.
Fail Pemasangan
Terlebih dahulu, sebelum memulakan proses pemasangan, pastikan anda mempunyai Java JRE terpasang pada komputer Windows anda. Kami mencubanya dengan Java JRE 7, tetapi gagal, dan memerlukan pengguna menggunakan Java JRE 6.
Selain daripada Java JRE, pengguna juga memerlukan perisian yang membolehkan ia dipasang pada peranti anda, iaitu DDPB.
Muat-Turun DDPB 1.0.9
Sebaik sahaja selesai memuat-turun dan memasangnya pada komputer anda, maka boleh ke langkah seterusnya.
Mengaktifkan Development Mode Pada Peranti
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengaktifkan Development Mode pada peranti BlackBerry 10 anda. Ini dapat dilakukan dengan mudah, dimana pengguna hanya perlu ke bahagian Settings, dan seterusnya melalui Security and Privacy, pilih halaman Development Mode.
BlackBerry 10 Dev Mode
Pada Development Mode, anda boleh aktifkannya dengan mengubah Use Development Modekepada On. Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan untuk digunakan pada langkah seterusnya.
Menghubungkan Kepada DDPB
Sebaik sahaja selesai mengaktifkan Development Mode, seterusnya pengguna boleh menghubungkan peranti mereka melalui kabel USB ke komputer, dan seterusnya memulakan perisian DDPB yang dipasang pada awalnya.
Melalui DDPB, pada bahagian kiri anda akan dapat melihat terdapat ruangan untuk PlayBook IP Address dan juga kata laluan untuknya. Pada bahagian IP Address, anda perlu memasukkan alamat IP peranti anda, yang mana boleh didapati dengan ke Settings > About > Network, dan melihat pada IPv4.
Seterusnya masukkan kata laluan, dan klik Connect.
DDPB
Sebaik sahaja selesai menyambungkan peranti anda ke DDPB, anda kemudiannya boleh menambah fail berbentuk BAR terus ke peranti melalui pilihan Add, dan seterusnya klik butang Install pada bahagian bawah. Ia akan mengambil masa beberapa saat sebelum aplikasi tersebut dipasang pada peranti BlackBerry 10, dan kemudiannya boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment